Soalan-soalan Lazim

Sila klik pada soalan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengapa saya perlu jalani saringan kesihatan?

Rasa sihat tidak bermakna bahawa anda tidak mempunyai sebarang penyakit. Anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal penyakit. Ujian saringan membantu mengesan penyakit pada peringkat awal supaya ia boleh dirawat sebelum penyakit menjadi serius.
Saringan perlu dilakukan ketika seseorang masih sihat, bukan hanya apabila anda sudah mempunyai gejala. Anda harus berjumpa doktor untuk tujuan diagnosis jika anda mempunyai gejala.
Ya. Walaupun ia adalah penting untuk mengamalkan diet yang sihat dan bersenam dengan kerap untuk kekal sihat, ini tidak menjamin bahawa anda tidak akan mendapat penyakit. Saringan kesihatan membantu mengesan penyakit pada peringkat awal supaya rawatan boleh diberikan sebelum mendapat masalah yang lebih serius. Walaupun risiko anda mendapat penyakit adalah rendah kerana gaya hidup sihat, anda masih boleh mendapat penyakit disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti sejarah keluarga berpenyakit.
Tiada bukti klinikal sama ada makanan tambahan kesihatan boleh meningkatkan tahap kesihatan. Anda masih boleh mendapat penyakit walaupun mengambil makanan tambahan kesihatan. Oleh itu, tatkala mengambil makanan tambahan kesihatan, anda masih perlu dapatkan saringan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit di peringkat awal.
Ia adalah disyorkan agar anda jalani saringan kesihatan secara berkala kerana anda boleh mendapat penyakit yang bila-bila masa. Mempunyai laporan kesihatan yang normal pada tahun lepas tidak menjamin bahawa anda tidak akan mendapat penyakit sekarang atau di masa hadapan.

Siapa yang perlu jalani saringan kesihatan?

Bukan sahaja lelaki yang lebih tua perlu menjalani saringan kesihatan, lelaki muda juga perlu kerana lelaki muda juga mungkin dapat penyakit; malah ada yang meninggal dunia daripadanya. Sejarah keluarga berpenyakit, diet yang tidak sihat, gaya hidup tidak aktif, merokok dan minum alkohol yang berlebihan adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada ini.
Jika anda mempunyai masalah perubatan serius yang mengehadkan jangka hayat anda, anda tidak perlu jalani saringan kesihatan. Saringan kesihatan adalah disyorkan untuk penyakit-penyakit yang bertumbuh secara perlahan dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, anda mungkin tidak mendapat manfaat daripada saringan kesihatan.

Apakah ujian saringan yang perlu saya jalani?

Tidak semua penyakit boleh dikesan dan bukan semua ujian adalah tepat dalam mengesan penyakit. Pakar kesihatan mengesyorkan ujian saringan untuk tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, kanser usus, kanser paru-paru, HIV, hepatitis B, hepatitis C, sifilis, kemurungan dan faktor-faktor risiko gaya hidup. Walau bagaimanapun, ujian saringan perlu dipilih mengikut profil dan risiko kesihatan anda. Anda boleh nilai kesihatan anda melalui ScreenMen untuk mengetahui risiko kesihatan dan ujian saringan yang sesuai untuk anda. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Semua ujian ini adalah tidak disyorkan untuk tujuan saringan kerana ketepatan ujian-ujian ini dalam mengesan penyakit adalah rendah. Keputusan positif ujian-ujian di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai penyakit manakala keputusan yang negatif tidak semestinya bermakna anda tidak mempunyai penyakit.
Saring untuk kanser prostat menggunakan prostate-specific antigen (PSA) adalah tidak digalakkan kerana ujian ini adalah tidak tepat dalam mengesan kanser prostat. Keputusan ujian yang positif tidak bermakna bahawa anda mempunyai kanser prostat manakala keputusan ujian negatif tidak bermakna anda tidak mempunyai kanser prostat. Jika tahap PSA didapati tinggi, anda mungkin perlu jalani prosedur invasif seperti biopsi. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan kebimbangan.
Anda tidak perlu jalani ujian saringan dari kepala ke kaki kerana tidak semua penyakit boleh disaring dan tidak semua ujian adalah tepat dalam mengesan penyakit. Anda perlu memilih ujian saringan dengan teliti berdasarkan profil kesihatan anda, jenis penyakit dan ketepatan ujian saringan. Anda boleh menggunakan alat penilaian ScreenMen untuk membantu anda memilih ujian saringan yang perlu jalani. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan ujian saringan berdasarkan profil kesihatan anda, jenis penyakit dan ketepatan ujian dalam mengesan penyakit. Jika doktor mencadangkan ujian saringan yang tidak disyorkan di laman web ini, anda boleh bertanya kepada doktor anda soalan-soalan berikut:
  • Adakah saya berisiko untuk mendapat penyakit ini?
  • Berapa tepatkah ujian tersebut dalam mengesan penyakit ini?
  • Adakah terdapat rawatan yang berkesan untuk mengubati penyakit ini?

Berapakah kos ujian saringan?

  • Kos ujian saringan bergantung kepada jenis ujian dan di mana ia dilakukan. Di klinik kesihatan kerajaan, kos ujian saringan adalah termasuk dalam yuran perundingan, iaitu hanya RM1.
  • Dalam sektor swasta dan lain-lain, kos ujian saringan adalah berbeza. Anggaran kos ujian saringan adalah seperti berikut:
    • Ujian gula dalam darah (glukosa): RM8-15
    • Ujian kolesterol dalam darah (lipid): RM8-15
    • Ujian darah untuk HIV: RM5-40
    • Ujian darah untuk sifilis (VDRL): RM8-40
    • Ujian darah untuk hepatitis B (HBsAg, anti-HBs antibodi): RM8-40
    • Ujian darah untuk hepatitis C (anti-HCV antibodi): RM8-40
    • Ujian najis (kanser usus): RM8-40
    • Kolonoskopi (kanser usus): RM200-2000
    • ‘Low dose CT Scan’ (kanser paru-paru): RM350 - 500
  • Kos ujian saringan juga mungkin berbeza bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

Apakah bahaya yang mungkin berlaku daripada ujian saringan?

Walaupun ujian darah boleh menyakitkan, anda boleh meminta doktor untuk menggunakan jarum yang lebih kecil untuk mengurangkan kesakitan. Anda juga boleh meminta krim anestetik untuk disapukan pada kulit anda sebelum mengambil darah untuk mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada keadaan sama ada klinik yang anda lawati mempunyai krim tersebut.
Semasa kolonoskopi, satu tiub dengan kamera akan dimasukkan ke dalam usus besar melalui dubur untuk mengesan ketumbuhan dalam usus anda. Walau bagaimanapun, anda akan diberi ubat pelali sepanjang prosedur untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Anda mungkin berasa bimbang apabila menjalani ujian saringan. Anda boleh kurangkan rasa bimbang dengan mengetahui lebih lanjut tentang ujian dan bersiap sedia untuk ujian tersebut.
Anda juga mungkin berasa bimbang sementara menunggu keputusan ujian saringan. Anda boleh meminta untuk menerima keputusan ujian daripada doktor lebih awal untuk mengurangkan rasa bimbang.
Saringan kesihatan kini dianggap sebagai satu aspek yang penting dalam pencegahan penyakit dan boleh diterima oleh kebanyakan orang ramai. Jalani saringan kesihatan bukanlah satu tanda kelemahan; sebaliknya ia menunjukkan bahawa anda merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan anda.

Apa yang akan berlaku selepas ujian saringan?

Ia bergantung kepada jenis ujian saringan dan di mana ia dilakukan:
  • Gula dan koleterol dalam darah: beberapa hari ke 1 minggu
  • Ujian HIV: Segera (ujian pantas), 1-2 minggu (ujian makmal)
  • Ujian darah untuk sifilis, hepatitis B dan C: 1-3 minggu
  • Ujian najis: Segera (ujian pantas); sehingga 1 minggu (ujian sampel najis lain)
  • Kolonoskopi: Terus selepas prosedur. Walau bagaimanapun, jika biopsi dilakukan, ia mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu untuk mengesahkan sama ada tisu yang diambil adalah kanser.
  • Low dose CT Scan: 1-2 minggu, bergantung kepada laporan oleh pakar radiologi.
Anda perlu berbincang dengan doktor jika keputusan ujian saringan anda adalah positif. Selalunya, anda perlu jalani ujian selanjutnya untuk mengesahkan diagnosis.
  • Tekanan darah: Pengukuran tekanan darah anda perlu diulangi. Jika dua bacaan tekanan darah pada masa berasingan adalah lebih dari 140/90 mmHg, anda mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Gula dalam darah: Pengukuran gula dalam darah anda perlu diulangi. Jika dua bacaan gula dalam darah ketika berpuasa melebihi 7.0mmol / L, anda mempunyai penyakit kencing manis.
  • Kolesterol dalam darah: Pengukuran kolesterol darah anda perlu diulangi. Jika dua bacaan kolesterol darah ketika berpuasa melebihi 5.2 mmol / L, anda mempunyai kolesterol tinggi.
  • HIV: Jika ujian pantas adalah positif, anda perlukan jalani ujian makmal untuk mengesahkan diagnosis.
  • Sifilis: Anda perlu jalani ujian darah sekali lagi untuk mengesahkan diagnosis.
  • Hepatitis B: Anda perlu untuk ulangi ujian tersebut 6 bulan kemudian untuk mengesahkan diagnosis.
  • Hepatitis C: Anda mungkin perlu untuk jalani satu lagi ujian darah (PCR) untuk mengesahkan diagnosis.
  • Kanser usus: Ujian najis yang positif memerlukan anda untuk jalani kolonoskopi. Jika pertumbuhan dijumpai semasa prosedur kolonoskopi, biopsi terhadap tisu pertumbuhan tersebut akan dilakukan untuk mengesahkan sama ada ia adalah kanser.
  • Kanser paru-paru: Jika keputusan ‘low dose CT scan’ menunjukkan kanser paru-paru, biopsi tisu akan dilakukan untuk mengesahkan sama ada ia adalah kanser.
    Sebaik sahaja diagnosis disahkan, anda harus berbincang dengan doktor tentang pilihan rawatan yang sedia ada untuk penyakit ini. Keputusan untuk sama ada anda jalani rawatan bergantung sepenuhnya kepada anda. Anda boleh bincang kebaikan dan keburukan setiap pilihan rawatan dengan doktor anda sebelum membuat keputusan mengenai rawatan.
Anda mungkin berasa tertekan jika disahkan menghidap penyakit yang boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda. Walau bagaimanapun, saringan kesihatan membolehkan penyakit dikesan pada peringkat awal apabila ia boleh dirawat sebelum penyakit menjadi lebih serius. Di samping itu, merawat penyakit pada peringkat awal boleh meningkatkan kualiti hidup anda dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Kebanyakan syarikat insurans kesihatan tidak akan melindungi penyakit sedia ada yang telah disahkan. Walau bagaimanapun, syarikat itu masih boleh menampung apa-apa penyakit yang baru.

Soalan-soalan lain?

Anda boleh mengetahui sama ada anda mempunyai masalah mati pucuk dengan klik di sini .
Jika anda didapati mempunyai masalah mati pucuk, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor mengenai rawatannya.
Terdapat rawatan yang berkesan untuk masalah mati pucuk seperti ubat-ubatan. Mati pucuk adalah bersangkutan dengan penyakit jantung. Anda perlu berbincang dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda menghidap penyakit jantung.
Anda boleh mengetahui sama ada anda mempunyai masalah prostat dengan klik di sini.
Terdapat rawatan yang berkesan untuk masalah prostat seperti ubat. Anda boleh dapatkan bantuan daripada doktor jika anda didapati mempunyai masalah prostat.

Adakah anda mempunyai soalan lain?