Mengenai kami

Laman web ScreenMen dibangunkan oleh satu kumpulan profesional dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang terdiri daripada doktor, penyelidik, pereka interaksi dan programmer.

Kami berharap dapat membantu lelaki memahami lebih lanjut tentang saringan kesihatan dan mengetahui cara-cara untuk kekal sihat dengan berinteraksi dengan doktor alam maya. Untuk membangunkan laman web ini, kami telah menemuramah lelaki-lelaki untuk mengetahui apa yang mereka perlukan dan menggunakan bukti saintifik terkini mengenai saringan kesihatan. Laman web ini juga telah disemak oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa untuk memastikan kandungannya adalah tepat dan terkini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini, sila klik di sini.

* Laman web ini tidak tidak sama sekali bermaksud untuk menggantikan penjagaan kesihatan yang diberikan oleh doktor anda. Sila berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat lanjut sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan.

Hubungi Kami:

Jabatan Perubatan Rawatan Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
screenmen@um.edu.my

Dibiayai oleh:

Program Penyelidikan Universiti Malaya

Profil Kumpulan

Chirk Jenn NG

Profesor Kesihatan Keluarga

UM Expert ResearcherGate Researcher ID

Dr Ng merupakan pengamal perubatan akademik di Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau bekerjasama dengan pesakit, ahli profesional kesihatan dan penggubar dasar untuk mencari penyelesaian inovatif dan praktikal untuk menangani masalah kesihatan umum. Beliau mengetuai kumpulan penyelidikan dalam aktiviti penyelidikan kesihatan lelaki, ‘shared decision making’ dan ‘eHealth’.

Chin Hai TEO

Penyelidik Kesihatan

Google Scholar ResearcherGate

Chin Hai ialah seorang penyelidik kesihatan yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam kesihatan lelaki dan inovasi kesihatan di Jabatan Perubatan Rawatan Utama. Skop penyelidikan beliau adalah berkisarkan ICT dan bukti saintifik terbaik untuk merangka cara yang berkesan untuk menambahbaik tingkah laku kesihatan lelaki. Beliau bekerjasama dengan pihak industri untuk membangunkan ScreenMen dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membangunkan polisi kesihatan lelaki negara dan menggalakkan amalan berasaskan bukti saintifik.

Chip Dong LIM

Pereka Interaksi

Portfolio LinkedIn Dribbble

Chip adalah pereka interaksi yang mempunyai minat khas dalam reka bentuk penjagaan kesihatan. Beliau mengamalkan ‘design thinking’ dan inovasi berpusatkan manusia dalam menyelesaikan masalah kesihatan dan meningkatkan pengalaman pengguna. Untuk ScreenMen, beliau bekerjasama dengan doktor dan pesakit dalam memahami keperluan mereka, membangunkan prototaip, dan menterjemahkan konsep reka bentuk ke dalam aplikasi web responsif mudah alih berpusatkan pengguna.

Sin Kuang LO

Pembangun Perisian Komputer

LinkedIn

Kuang ialah seorang pembangun perisian komputer yang berminat dalam membina aplikasi menggunakan kod dalam blok, terutama dalam pembangunan ‘back-end’ laman web. Beliau merupakan minda kreatif yang membina logik aplikasi dalam penilaian kesihatan ScreenMen untuk mengadaptasi pelayar web yang berbeza. Minat beliau merangkumi perisian interaktif kesihatan, teknologi ‘blockchain’, kualiti perisian dan reka bentuk seni bina komputer.